Integra Healthcare Technology (IHT) Rehabilitation Centre (selepas ini dirujuk sebagai “Pusat”), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), yang mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial, adalah terpakai kepada Pusat. Bagi Polisi Privasi IHT dan Data Perlindungan Peribadi (“Polisi”), terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.
Polisi ini menyatakan bagaimana Pusat menggunakan dan melindungi maklumat peribadi Pelanggan yang diberikan kepada Pusat. Sekiranya Pusat meminta Pelanggan untuk memberikan maklumat tertentu yang dikenal pasti oleh Pelanggan, maka Pelanggan boleh yakin bahawa ia akan digunakan selaras dengan Polisi ini.
Polisi ini dikeluarkan kepada semua Pelanggan terdekat dan/atau bakal, pekerja, barang dan/atau pembekal perkhidmatan menurut kepada Akta dan berkhidmat sebagai notis perlindungan data peribadi Pusat mengikut kepada Akta. Pelanggan yang menandatangani di bawah (atau pasangan, waris atau penjaga) bersetuju dengan prosedur yang mungkin akan dilakukan semasa lawatan termasuk rawatan kecemasan dan tidak terhad kepada prosedur perubatan/ rawatan. Dalam situasi/ keadaan di mana Pelanggan tidak dapat memberikan persetujuan, maka persetujuan diberikan daripada pasangan, waris atau penjaga hendaklah dianggap sebagai persetujuan oleh Pelanggan.
1.0 PERSETUJUAN
Polisi ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pelanggan bahawa data peribadi Pelanggan diproses oleh Pusat atau bagi pihak Pusat. Dengan memberikan Data Peribadi Pelanggan kepada Pusat atau meneruskan untuk berkomunikasi dengan Pusat, Pusat akan dimaklumkan bahawa Pelanggan telah memberikan persetujuan untuk memproses data menurut Polisi. Pelanggan sedia maklum bahawa Pusat mungkin mengeluarkan maklumat tanpa persetujuan dalam keadaan termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut:-
a) Pemberitahuan penyakit berjangkit tertentu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
b) Kecenderungan membunuh diri dan tingkah laku agresif;
c) Apabila sepina (subpoena) dikeluarkan bagi tujuan prosiding undang-undang;
d) Apabila pendedahan maklumat adalah demi kepentingan awam; atau
e) Apabila terdapat risiko serius kepada klien atau orang lain.
2.0 PENERANGAN MENGENAI DATA PERIBADI
Pusat boleh mengumpul pelbagai maklumat dan/atau data mengenai Pelanggan (“Data Peribadi“), tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, bangsa, agama, jantina, nama syarikat, nombor Kad Pengenalan Malaysia, kewarganegaraan, maklumat biometrik, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, maklumat kad kredit, maklumat akaun bank, maklumat kesihatan, pilihan makanan, alahan, gambar, pekerjaan, status perkahwinan, rakaman video, imej CCTV, serta apa-apa data peribadi lain yang diberikan oleh Pelanggan kepada Pusat dari semasa ke semasa.
3.0 TUJUAN
Data Peribadi Pelanggan dikumpulkan dan diproses bagi tujuan berikut:
a) Memastikan Pelanggan terus menerima rawatan perubatan yang diperlukan;
b) Menghubungi Pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh temu janji;
c) Menguruskan rekod perubatan dan laporan perubatan;
d) Memudahkan proses pembayaran yang berkaitan dengan Pelanggan;
e) Melaporkan Data Peribadi kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau pihak ketiga sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai dalam industri penjagaan kesihatan;
f) Berkongsi data peribadi dengan syarikat pemegang dan syarikat-syarikat berkaitan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016;
g) Menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan perkhidmatan;
h) Tujuan pemasaran, pengiklanan dan pelaksanaan kaji selidik;
i) Memudahkan urusan peribadi Pelanggan di luar negara (contohnya permohonan visa) serta penyelarasan dengan pihak konsulat atau jabatan imigresen, termasuk melalui platform yang memastikan semua dokumen rasmi memenuhi keperluan dan piawaian negara berkenaan bagi tujuan kemasukan atau tempoh tinggal yang berjaya, selaras dengan garis panduan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sekiranya berkenaan;
j) Mentadbir dan memberi maklum balas terhadap permintaan, pertanyaan, aduan serta perkara-perkara berkaitan undang-undang;
k) Memudahkan aktiviti pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan pekerja;
l) Bagi tujuan penyerahan, pendaftaran borang, lesen dan dokumen berkaitan kepada pihak berkuasa kawal selia dan/atau pihak ketiga sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai dalam industri penjagaan kesihatan;
m) Bagi tujuan pendidikan dan latihan (menggunakan data yang telah dinyahpengenalan (anonymized) apabila boleh);
n) Menilai kelayakan kredit Pelanggan serta memproses sebarang pembayaran yang berkaitan dengan Pelanggan;
o) Bagi tujuan insurans, pentadbiran oleh pihak ketiga serta urusan dengan mana-mana pihak ketiga yang berkaitan;
p) Bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak undang-undang Pusat dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau nasihat undang-undang;
q) Pengurusan rekod dalaman;
r) Menjalankan aktiviti dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, kaji selidik/penyelidikan pasaran, analisis trend, penyediaan statistik, pelaporan, audit, pematuhan, pengurusan risiko serta analisis data bagi menambah baik perkhidmatan Pusat;
s) Mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia seperti audit dan/atau permintaan daripada badan-badan kawal selia; dan
t) Mengambil tindakan bagi proses pemulihan hutang terhadap pihak yang gagal menjelaskan pembayaran.
(Secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).
4.0 SUMBER DATA PERIBADI
Data Peribadi Pelanggan dikumpulkan atau akan dikumpulkan:
(i) secara langsung daripada Pelanggan melalui maklumat yang diberikan dalam borang pendaftaran Pusat di premis Pusat oleh Pelanggan dan/atau wakil Pelanggan, atau melalui apa-apa kaedah lain termasuk tetapi tidak terhad kepada Pelanggan dan/atau wakil Pelanggan menghubungi Pusat melalui e-mel, surat atau panggilan telefon, atau apabila menyertai kaji selidik pelanggan, promosi serta aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh Pusat;
(ii) daripada mana-mana pihak ketiga yang mempunyai hubungan dengan Pelanggan, seperti majikan/calon majikan Klien, ejen, syarikat insurans, serta kemudahan atau penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain;
(iii) daripada sumber-sumber lain yang mana Pelanggan telah memberikan kebenaran untuk mendedahkan maklumat berkaitan Klien;
(iv) daripada acara;
(v) daripada rakaman CCTV;
(vi) daripada rakaman audio/video;
(vii) daripada surat atau laporan daripada doktor;
(viii) daripada laporan dan/ rekod perubatan;
(ix) daripada semua data peribadi lain yang dikumpulkan daripada Pelanggan pada mana-mana masa berikutnya; dan
(x) daripada maklumat lain yang diberikan oleh Pelanggan kepada kami dari semasa ke semasa.
5.0 AKSES KEPADA PEMBETULAN DAN PENGEHADAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
Pelanggan mempunyai hak untuk memohon akses kepada dan meminta pembetulan terhadap Data Peribadi Pelanggan serta menghubungi Pusat bagi sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi Pelanggan (termasuk pilihan dan kaedah yang tersedia untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi Pelanggan, atau menghentikan atau tidak memulakan pemprosesan Data Peribadi Pelanggan bagi tujuan pemasaran langsung) melalui maklumat hubungan Pusat.
6.0 DATA PERIBADI WAJIB
Pelanggan diwajibkan untuk membekalkan kepada Pusat butiran yang diperlukan bagi tujuan pendaftaran Pusat (secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi Wajib”). Sekiranya Pelanggan gagal membekalkan Data Peribadi Wajib tersebut kepada Pusat, ia boleh menyebabkan Pusat tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh Pelanggan dan/atau tidak dapat melaksanakan kontrak yang telah dimeterai.
7.0 KESAN KEENGGANAN / KEGAGALAN UNTUK MEMBERIKAN DATA PERIBADI
a. Tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta, dengan bayaran yuran yang ditetapkan, Pelanggan boleh membuat permintaan akses data secara bertulis kepada Pusat dengan melengkapkan borang permohonan dan mengemukakannya kepada Pusat.
b. Tertakluk kepada sekatan undang-undang yang berkuat kuasa, syarat kontrak dan tempoh munasabah yang diberikan kepada Pusat, Pelanggan boleh menarik balik atau meminda, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran yang telah diberikan sebelum ini bagi penggunaan Data Peribadi Pelanggan.
c. Bergantung kepada permintaan Pelanggan, terdapat keadaan tertentu di mana Pusat boleh menolak permintaan akses data atau permintaan pembetulan data. Dalam keadaan tersebut, Pusat akan memaklumkan Pelanggan secara bertulis mengenai penolakan tersebut serta alasan bagi penolakan berkenaan.
d. Pusat juga boleh meminta pihak yang membuat permohonan Data Peribadi (sekiranya pemohon tersebut bukan pemilik Data Peribadi) untuk mengemukakan borang kebenaran daripada pemilik Data Peribadi yang memberi kuasa serta perlindungan ganti rugi kepada Pusat untuk melepaskan atau membetulkan Data Peribadi tersebut.
8.0 PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Hak Pusat untuk mendedahkan Data Peribadi Pelanggan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pihak-pihak berikut:-
a) entiti lain dalam Kumpulan Pusat serta syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu;
b) pakar perubatan Pusat yang memberikan rawatan kepada Pelanggan di Pusat;
c) syarikat insurans;
d) bank, institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau kad debit bagi tujuan pemprosesan pembayaran;
e) syarikat semakan kredit;
f) agensi kutipan hutang bagi mendapatkan semula hutang tertunggak yang terhutang kepada Pusat;
g) majikan Pelanggan;
h) waris terdekat Pelanggan;
i) organisasi penyelidikan;
j) organisasi kebajikan sosial, perubatan dan perubatan profesional dan penjagaan kesihatan;
k) pihak luar yang berkaitan sekiranya Pelanggan dipindahkan ke hospital kerajaan atau hospital swasta yang lain;
l) ibu bapa atau penjaga bagi Pelanggan yang masih di bawah umur;
m) ejen, kontraktor dan pembekal yang memproses data bagi pihak Pusat;
n) makmal dan penyedia perkhidmatan diagnostik yang mungkin berada di luar kawalan Pusat IHT;
o) pusat data yang menjadi hos kepada data hospital;
p) peguam luar;
q) juruaudit luar dan akauntan;
r) badan kerajaan, agensi-agensinya dan organisasi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Insolvensi Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia;
s) badan kawal selia dan/atau badan berkanun;
t) badan akreditasi; dan
u) mana-mana pihak ketiga yang diminta atau diberi kuasa oleh Pelanggan bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini.
Pihak ketiga yang menerima Data Peribadi Pelanggan dikehendaki memproses data tersebut selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Pusat dan/atau undang-undang yang berkuat kuasa. Pihak ketiga juga bertanggungjawab untuk memastikan Data Peribadi Pelanggan dilindungi pada tahap keselamatan yang bersesuaian mengikut undang-undang perlindungan data yang berkuatkuasa serta piawaian industri yang diterima pakai.
9.0 PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Data Peribadi Pelanggan akan disimpan dan diproses secara selamat. Pusat komited untuk mengambil langkah-langkah pentadbiran serta kawalan keselamatan yang bersesuaian bagi mengelakkan pemprosesan Data Peribadi Pelanggan secara tidak sah, serta mencegah kehilangan, kemusnahan atau kerosakan Data Peribadi secara tidak sengaja. Akses kepada Data Peribadi Pelanggan adalah terhad dan hanya diberikan kepada pengguna yang berkaitan bagi tujuan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
10.0 DATA PERIBADI PIHAK KETIGA
Pusat mungkin memerlukan bantuan Pelanggan sekiranya data peribadi yang berkaitan dengan individu lain (contohnya waris terdekat Pelanggan) diperlukan bagi memproses Data Peribadi Pelanggan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada Pusat apabila diperlukan. Sekiranya Pelanggan memberikan Data Peribadi mana- mana pihak ketiga kepada Pusat, Pelanggan hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Dasar ini dan telah memberikan persetujuan kepada Pusat untuk mengumpul Data Peribadi mereka bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Dasar ini sebelum Data Peribadi tersebut diserahkan kepada Pusat.
11.0 PEMINDAHAN DATA PERIBADI KE LUAR MALAYSIA
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pusat boleh memindahkan Data Peribadi Pelanggan ke luar Malaysia. Dengan ini, Pelanggan memberikan persetujuan terhadap pemindahan Data Peribadi tersebut.
12.0 KETEPATAN DATA PERIBADI PELANGGAN
Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan kepada Pusat adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan serta sentiasa dikemas kini.
13.0 PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
Pusat boleh meminda atau mengubah Dasar ini apabila diperlukan dan/atau dikehendaki bagi tujuan pematuhan terhadap perubahan dalam operasi perniagaan atau perubahan undang-undang/peraturan yang berkaitan dengan perniagaan Pusat dalam bidang kuasa yang berkenaan. Sebarang perubahan akan dikemas kini melalui halaman dasar Pusat dan/atau laman web Pusat Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak halaman ini dan laman web Pusat dari semasa ke semasa bagi memastikan Pelanggan sentiasa mengetahui sebarang perubahan terhadap dasar-dasar Pusat.
PERTANYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan, pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan dengan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi:
Pegawai Perlindungan Data
E-mel : PDPA@ihtrehab.com
Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris bagi Dasar Perlindungan Data Peribadi ini dengan versi Bahasa Malaysia yang berkaitan, versi Bahasa Inggeris adalah versi yang akan diguna pakai.
Dasar Perlindungan Data Peribadi ini kali terakhir dikemas kini pada 16 Julai 2026.